بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Ujian Adalah Tanda Allah Sayang

Jika Kamu merasa ujianmu lebih berat pada yang lain, itu bermakna Allah melihat kamu lebih kuat daripada yang lain
It’s not going to be easy, but it’s going to be worth it.


Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)
Tidakkah ayat dariNya itu menggugah ji

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)


Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian. Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita


Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.

Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

alam Hadis Qudsi Allah berfirman :
Pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya. 
(H.R Thabrani dari Abu Umamah)
Ketika Allah rindu kepada Hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.

0 comments:

Post a Comment

BLOG CINTA HATI

takiyaelyana

di bawah langit yang sama,
kau dan aku tengok bulan yang sama,
kau dan aku cuba berlindung dari matahari yang sama,
jadi kenapa kau dan aku nak menjadi dua?
Powered by Blogger.

Blogger news

Blogroll