CInta ? Love ? Rindu ? Sayang ?

CINTA?LOVE?RINDU?SAYANG?


     ''  Jodoh itu telah digariskan.                      
  Jodoh itu telah ditentukan. 
Jodoh itu telah ditakdirkan.                                              
  Dan jodoh itu telah ditetapkan ''
''CINTA ITU BUTA" ? betul ke buta? even laki tu buat macam2 perangai eg curang n mintak2 duit..itu kau panggil cinta? bile ditanya sakit hati tak ? sakit..kenape x tinggal jer? sebab sayang la kak .. Adik2..nasihat akak bole korang nak bercinta..tapi gune la akal same..kadang2 ade certain perkara yang kita kena memilih dik..kalau dah jelas2 sebelum kawen laki tu dah tunjuk perangai nye..macam mane nanti time kawen?Ade jugak orang mengadu kat akak..bercinta sebab ikut kawan..haa?  Adik2..tak perlu rasenye korang nak ikut kawan tu..itu same jer korang ikut dy masuk jamban..haa dah keluor dh bahase kasaq ..sory eh hiiokey..akak sebenarnya macam korang jugak dulu..nak bercinta time sekolah..baru hot gitu kan :) tapi sebenarnya itu la permulaan bg ''virus'' yang akan membunuh kehidupan kita dik..cita-cita kita tinggi ..tapi kenapa kita biarkan org2 laki ni menjatuhkan impian kita secara perlahan-lahan..Walaupun bila melihat pasangan2 lain hati ni selalu mengeluh..bilakah saat itu buat ku? Percayalah ..jodoh itu akan datang saat kau benar2 bersedia.. Alhamdulillah..sekarang fikiran bole kata mature la jugak haha..cinta tak semestinya dimiliki..Pasal cinta akak dah boleh tolak tepi.. Coz aim akak adalah akak nak menjatuhkan air mata kebahagiaan mak ayah akak hihi insyaallah dengan segulung ijazah yang akak genggam nanti dapat mbuatkan mak ayah akak bangga.. Doa-doakan eh.. :)

Sharing is caring maybe ^_^

Wahai ukti… Jadila dirimu wanita yang di HORMATI, Bukan yang di MINATI… Apa la guna menjadi idaman dan di minati ramai lelaki Sedangkan dirimu hanya menjadi milik seorang LELAKI yang bergelar SUAMI…
Dengarlah bicara kalam ini, Dirimu indah dan mempersona umpama sekuntum mawar yang mekar Bentengila dirimu dengan al-haya yang ibaratnya seperti duri pada mawar… Andai hilang al-haya itu dari dirimu, Maka dirimu akan mudah dipetik dan dipergunakan sesuka hati… Dan akhirnya… Kelopakmu jatuh berguguran di bumi… Hilang harga sebuah maruah…
Wahai ukti yang disayangi… Usah kau paranoid, merasa diri tidak cukup indah dan cantik. Ketahuila olehmu sayang, ALLAH menciptamu dengan 1001 kelebihan dan keindahan. Cuma, biar akal dan iman mu mencari kelebihan itu.
Suka kah dirimu menjadi peragaan dan tatapan ramai lelaki? Bahagiakah dirimu menjadi sebutan para ar rijjal? Tenteramakah dirimu menjadi bahan yang boleh ditukar ganti? Yang boleh di ‘touch and go’ ?
Wahai bidadari dunia, Usah dikau berkelakuan demikian, Ketahuilah olehmu… ALLAH dan Rasulullah sangat mencintaimu.. Dirimu begitu mudah untuk masuk mana2 pintu syurga andai kau mengetahuinya...
Sedarla wahai yang bergelar ukti… Didikla dirimu yang rapuh itu. Kau asalnya dari rusuk kiri seorang lelaki. Oleh itu, janganla kau gusar. Yakinla engkau telah dimiliki oleh seseorang sejak dari azali lagi… Cuma, Peribadi si dia tidak akan jauh dari peribadimu tika ini. Andai kau seorang ukti yang menjaga diri In sha ALLAH sidia juga seorang lelaki yang menjaga diri
Kerana si dia juga tahu… Pada akhirnya dia hanya milik mu seorang. ALLAH ada berfirman dalam surah An Nur ayat 26, “wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, Dan wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, Dan begitu juga disebaliknya.”
Usaha kau ragu akan janji ALLAH ini sayang, Yakinla yang kau akan dipertemukan dengan seseorang Yang mana sesuai dengan iman di hatinya, Hadirnya akan datang menjemput hatimu, ALLAH ada berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 21, “ dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu Dari kaum jenismu agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, Dan DIA menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaranNYA bagi yang berfikir.”
Bila tiba saat dan ketikanya… Yakinlah dengan seyakin yakinya.. Kau akan dipertemuakan dengan seseorang yang kau perlu Bukan yang kau mahu… Istikarah… istikarah… istikarah.. Yakinla dengan janjiNYA…
-Nukilan.. bicara hati.. 10hb april 2013 09:07
“Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah”
“Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yang terbaik dari sisiMu, pasangan yang juga menjadi sahabat kami dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”
aamiinn…''

0 comments:

Post a Comment

BLOG CINTA HATI

takiyaelyana

di bawah langit yang sama,
kau dan aku tengok bulan yang sama,
kau dan aku cuba berlindung dari matahari yang sama,
jadi kenapa kau dan aku nak menjadi dua?
Powered by Blogger.

Blogger news

Blogroll